KINSHASA: Republik Demokratik Congo (DRC) kini berdepan wabak Ebola kedua terbesar dalam sejarah selepas jumlah jangkitan disahkan meningkat kepada 3,532 kes dengan 1,556 kematian.
Kementerian Komunikasi DRC berkata angka terkini itu menunjukkan penularan spesies virus Ebola Bundibugyo di beberapa wilayah timur negara berkenaan telah mengatasi rekod wabak Ebola di negara itu pada 2018 hingga 2020.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara cabaran utama dalam usaha membendung wabak tersebut ialah ketiadaan vaksin atau rawatan khusus yang diluluskan untuk virus Ebola Bundibugyo, selain kekangan logistik akibat konflik bersenjata yang berterusan di kawasan terjejas.
WHO bersama Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) kini memperhebatkan langkah pengawasan, pengesanan kontak rapat dan kesiapsiagaan rentas sempadan bagi mengelakkan penularan wabak ke negara jiran di Afrika Tengah dan Afrika Timur.