awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dron Israel lakukan intipan di Beirut, langgar perjanjian gencatan senjata

Bernama
Bernama
01/12/2024
05:15 MYT
Dron Israel lakukan intipan di Beirut, langgar perjanjian gencatan senjata
Gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, yang dimeterai mengikut pelan penyelesaian Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada malam 27 Nov. - Gambar hiasan/REUTERS
BAITULMAQDIS: Pesawat tanpa pemandu (dron) peninjau milik Tentera Udara Israel dilaporkan melakukan pengintipan di Beirut, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Dron Israel terbang pada ketinggian sederhana dan rendah hampir sepanjang hari, kelihatan di kawasan kejiranan pusat dan pinggir selatan ibu negara Lubnan.
Tentera Israel terus melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 4.00 pagi pada 27 Nov lalu.
Pada Khamis, dron Israel menyerang sebuah kereta di penempatan sempadan Markaba.
Selain itu, jet pejuang Israel secara sistematik menceroboh ruang udara Lubnan, manakala dron peninjau tidak meninggalkan kawasan selatan Lubnan.
Gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, yang dimeterai mengikut pelan penyelesaian Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada malam 27 Nov setelah hampir 14 bulan ketegangan berterusan.
Sebelum perjanjian itu diluluskan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan kepada rakyat, menjelaskan keperluan gencatan senjata di bahagian utara.
Beliau memberi amaran bahawa sekiranya Hizbullah melanggar perjanjian terbabit, Israel akan bertindak balas dan meneruskan operasi ketenteraan.
Menurut pelan penyelesaian yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat, dalam tempoh 60 hari akan datang, tentera Lubnan menguasai wilayah di selatan negara itu, manakala pasukan dan infrastruktur Hizbullah mesti dipindahkan ke utara Sungai Litani yang terletak kira-kira 20 hingga 30 kilometer dari sempadan.
Dalam tempoh itu, Israel juga diwajibkan menarik balik sepenuhnya pasukan tentera dari wilayah Lubnan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#dron Israel
#terbang di Lubnan
#langgar gencatan senjata
#Hizbullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan