awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

Bernama
Bernama
05/07/2021
14:22 MYT
Dua anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani, selatan Thailand hari ini. - Gambar hiasan
PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani, selatan Thailand hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan), tiga lagi anggota keselamatan turut cedera dalam kejadian yang berlanjutan hampir 8 jam .
Komander Pasukan Petugas Pattani (Commander of the Pattani Task Force) Mej Jen Komkrit Rattanachaya berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung dua buah kampung yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota bersenjata di daerah Saiburi, Pattani.
"Apabila pasukan keselamatan mendekati kedua-dua kampung itu, anggota militan mula melepaskan tembakan. Mereka turut melontarkan bom ke arah pasukan keselamatan.
"Berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan berlanjutan lebih 7 jam. Pegawai keselamatan turut meminta mereka menyerah diri tetapi mereka enggan.
"Apabila insiden berbalas tembakan tamat, kami menemui kedua-dua lelaki meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Komkrit berkata operasi dilancarkan untuk menjejaki suspek yang melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#militan
#Thailand
#bom
#tembakan
#Pattani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan