Skip to main content

Dunia

Dua angkasawan Pakistan dipilih untuk latihan misi angkasa lepas China

A Long March 2F rocket carrying the Shenzhou-21 spacecraft with astronauts Zhang Hongzhang, Zhang Lu, and Wu Fei blasts off to China's Tiangong space station from the launchpad at the Jiuquan Satellite Launch Center, near Jiuquan, Gansu province, China October 31, 2025. REUTERS/Maxim Shemetov
Salah seorang daripada mereka akan menyertai misi angkasa sebagai pakar muatan, sekali gus menjadi angkasawan asing pertama berada di atas stesen angkasa Tiangong. - Foto REUTERS

BEIJING: Dua calon dari Pakistan dipilih sebagai angkasawan asing pertama untuk latihan misi angkasa lepas China, menurut Agensi Angkasa Lepas Berawak China pada Rabu petang, lapor Xinhua.

Agensi itu menyifatkan pemilihan berkenaan sebagai pencapaian penting dalam kerjasama antarabangsa melibatkan stesen angkasa China.

Advertisement

Menurut kenyataan agensi itu, Muhammad Zeeshan Ali dan Khurram Daud akan datang ke China tidak lama lagi sebagai angkasawan simpanan untuk menjalani latihan.

Selepas melengkapkan semua latihan dan penilaian, seorang daripada mereka akan menyertai misi angkasa sebagai pakar muatan, sekali gus menjadi angkasawan asing pertama berada di atas stesen angkasa Tiangong.

Pemilihan pertama angkasawan asing bagi program angkasa berawak China itu diselesaikan pada awal April, menurut agensi berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video