awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS: Dua diselamatkan selepas jambatan di Baltimore runtuh

Bernama
Bernama
26/03/2024
16:33 MYT
AS: Dua diselamatkan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Gabenor Maryland Wes Moore telah mengisytiharkan darurat di negeri Amerika Syarikat itu berikutan insiden berkenaan. - Gambar Reuters/Nathan Howard
WASHINGTON: Dua individu telah diselamatkan susulan insiden jambatan utama di Baltimore, Maryland runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal kargo melanggar struktur itu, kata pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam sidang media, ketua jabatan bomba tempatan James Wallace berkata seorang lagi mangsa dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Maryland berkata "sekurang-kurangnya tujuh orang" terhumban dari Jambatan Francis Scott Key yang runtuh selepas dilanggar sebuah kapal.
Jabatan Bomba Baltimore memberitahu penyiar AS, CBS News bahawa "sekurang-kurangnya tujuh orang" berada di sungai dan pasukan penyelam dan penyelamat berada di tempat kejadian untuk mengesan kesemua mangsa.
Dali, kapal yang berdaftar di Singapura sepanjang 290 meter dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka sebelum melanggar jambatan itu.
Sementara itu, Gabenor Maryland Wes Moore telah mengisytiharkan darurat di negeri Amerika Syarikat itu berikutan insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden jambatan
#sebuah kapal
#jabatan bomba
#pasukan penyelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan