Skip to main content

Dunia

Dua gempa bumi sederhana gegar Filipina, tiada kerosakan dijangka

[TB]_Catanduanes, Quezon Earthquake_earthquake.usgs.gov
Gegaran intensiti tiga dilaporkan di Quezon City, Jomalig, serta beberapa kawasan di Camarines Norte.
Advertisement

DUA gempa bumi sederhana masing-masing bermagnitud 5.3 dan 5.0 menggegarkan wilayah Catanduanes dan Quezon di Filipina pada lewat malam Rabu. 

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), gempa bumi pertama bermagnitud 5.3 berlaku pada jam 11.10 malam, kira-kira 60 kilometer di tenggara Baras, Catanduanes, dengan kedalaman 23 kilometer.

Gegaran paling kuat direkodkan pada intensiti tiga di Virac, Catanduanes. 

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Albay, Sorsogon, Samar dan Northern Samar pada tahap Intensiti I hingga II.

Sementara itu, gempa bumi kedua bermagnitud 5.0 berlaku pada jam 10.11 malam, kira-kira 90 kilometer di timur laut Jomalig, Quezon. 

Gempa tektonik itu direkodkan pada kedalaman 17 kilometer.

Gegaran intensiti tiga dilaporkan di Quezon City, Jomalig serta beberapa kawasan di Camarines Norte. 

Gegaran lebih lemah pada Intensiti I dan II turut dirasai di beberapa bandar termasuk Pasig, Malabon, Mandaluyong dan Taguig.

Menurut Phivolcs, kedua-dua gempa bumi itu tidak dijangka menyebabkan kerosakan. 

Namun, penduduk dinasihatkan supaya berwaspada kerana gegaran susulan mungkin berlaku. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement