Skip to main content

Politik

RCI Tabung Haji: "Hentikanlah semua fitnah ini" - Bibi Sharliza

barisan nasional, PRN N9, wanita  Foto Astro AWANI
Bibi Sharliza berkata, setiap parti mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan, namun ia tidak seharusnya dilakukan melalui penyebaran fitnah. - Gambar/ Astro AWANI
Advertisement

SEREMBAN: Semua pihak perlu menghentikan fitnah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, kata Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Tanpa mengulas lanjut mengenai itu berkenaan, beliau berkata: “Apa yang saya nak komen, hentikanlah semua fitnah ini. Kita nak menang secara baik, secara berhemah, beradab,”.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Ikrar Wanita Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap parti mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan, namun ia tidak seharusnya dilakukan melalui penyebaran fitnah.

“Dalam parti kita ada adab, ada suara, tetapi bukan menyuarakan fitnah. Lepas pilihan raya nanti, buatlah. Apa masalahnya?

“Kenapa semasa pilihan raya sahaja nak buat? Selepas pilihan raya esok, bentanglah di Parlimen semua,” katanya.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman, yang antara lain mengandungi syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH.

Must Watch Video

Advertisement