Skip to main content

Malaysia

Wanita warga asing melecur disimbah cecair berasid, polis buru kekasih

Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang dipercayai menyimbah cecair berasid terhadap teman wanitanya sehingga menyebabkan mangsa melecur dalam kejadian di PJS4, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang dipercayai menyimbah cecair berasid terhadap teman wanitanya sehingga menyebabkan mangsa melecur dalam kejadian di PJS4, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa, yang merupakan wanita warga asing berusia lingkungan 20-an serta bekerja di sebuah kedai makan.

“Mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata beberapa saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement