Skip to main content

Dunia

Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia

Pesawat Smart Air jenis Cessna Caravan ditembak ketika mendarat di Lapangan Terbang Korowai, Boven Digoel, pada 11.17 pagi waktu tempatan. -Foto X @GerryS
Pesawat Smart Air jenis Cessna Caravan ditembak ketika mendarat di Lapangan Terbang Korowai, Boven Digoel, pada 11.17 pagi waktu tempatan. -Foto X @GerryS
Advertisement

JAKARTA: Dua juruterbang sebuah pesawat komersial ringan maut selepas pesawat itu ditembak pihak tidak dikenali ketika mendarat di wilayah Papua, Indonesia, pada Rabu.

Jurucakap polis Papua, Cahyo Sukarnito, berkata pesawat Smart Air jenis Cessna Caravan yang membawa 13 penumpang itu mendarat di Lapangan Terbang Korowai, Boven Digoel, pada 11.17 pagi waktu tempatan sebelum tembakan dilepaskan ke arahnya.

Ketika insiden berlaku, juruterbang dan penumpang segera meninggalkan pesawat dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

Advertisement

Difahamkan kedua-dua juruterbang sempat melaporkan kejadian ketika mereka diburu.

Juruterbang dan pembantu juruterbang walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat ditembak, manakala semua penumpang disahkan selamat.

Advertisement

Pihak berkuasa masih menyiasat pihak bertanggungjawab, termasuk kemungkinan pembabitan kumpulan pemisah bersenjata Papua, susulan konflik berlarutan antara pemberontak dan pasukan keselamatan sejak wilayah itu diletakkan di bawah pentadbiran Indonesia pada 1969.

Syarikat Smart Air belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Must Watch Video

Advertisement