awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh

Agensi
Agensi
17/07/2020
14:27 MYT
Dua juta penduduk China diarah pindah susulan banjir kilat, tanah runtuh
Kira-kira 141 mangsa disahkan terkorban atau hilang dalam banjir yang memberi kesan kepada lebih 30 juta orang. - Gambar REUTERS
OPERASI mencari dan menyelamat giat dijalankan selepas hujan lebat di perbandaran Chongqing, barat daya China yang turut mengakibatkan tanah runtuh dan banjir pada Khamis.
Selain memaksa dua juta penduduk untuk berpindah, situasi itu turut menyebabkan infrastruktur dan ladang rosak.
Kira-kira 141 mangsa disahkan terkorban atau hilang dalam banjir yang memberi kesan kepada lebih 30 juta penduduk.
Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan banyak amaran banjir membabitkan Sungai Yangtze berikutan ramalan cuaca yang menjangkakan lebih banyak hujan lebat di kawasan sekitarnya.
Peningkatan paras air di Yangtze memberikan ancaman di kawasan bandar dan luar bandar di wilayah selatan China.
Dalam pada itu, puluhan ribu anggota tentera telah dikerah ke lokasi yang terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir
#China
#Chongqing
#hilang
#mangsa
#Sungai Yangtze
#tanah runtuh
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan