awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kenderaan UNICEF ditembak di Gaza

Bernama
Bernama
24/07/2024
01:00 MYT
Dua kenderaan UNICEF ditembak di Gaza
Menurut UNICEF, kenderaan yang ditembak sedang dalam perjalanan untuk menyatukan semula lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi dengan bapa mereka. - Foto UNICEF
ANKARA: Dua kenderaan milik Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ditembak di Semenanjung Gaza pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
"Dua kenderaan UNICEF yang jelas ditanda dengan lambang pertubuhan itu ditembak peluru hidup hari ini ketika menanti di tempat yang ditetapkan berhampiran pusat pemeriksaan Wadi Gaza," kata Pengarah Serantau UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Adele Khodr di platform X.
Kenderaan terbabit "dalam perjalanan untuk menyatukan semula lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi dengan bapa mereka," katanya sambil mendedahkan bahawa satu daripada kenderaan terkena tiga tembakan.
Tiada kecederaan dilaporkan.
"Pasukan berjaya meneruskan misi dan menghantar kanak-kanak itu dengan selamat," kata pegawai PBB itu.
Beliau mengesahkan bahawa ini adalah insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu.
Two clearly marked UNICEF vehicles were hit with live ammunition today while waiting at a designated holding point near the Wadi Gaza checkpoint. They were en route to reunite five children, including a baby, with their father. One vehicle was struck by three bullets, but pic.twitter.com/6dhjmqqk55
— Adele Khodr (@AdeleKhodr) July 23, 2024
Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober.
Lebih 39,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 90,000 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan UNICEF ditembak
#UNICEF
#Gaza
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan