Skip to main content

Dunia

Dua masjid suci pertingkat pengalaman pengunjung dengan perkhidmatan komprehensif sepanjang Ramadan

Ramdan in Masjid Al Haram
Hari ke-11 Ramadan di Masjidil Haram. - Foto X Inside the Haramain

MEKAH: Pihak Berkuasa  Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melaporkan statistik perkhidmatan pengunjung yang signifikan bagi tempoh 10 hari pertama Ramadan 1447 Hijrah, sebagai sebahagian daripada sistem untuk mempertingkatkan pengalaman ibadah dalam persekitaran yang selamat.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pihak berkuasa itu melaporkan penggunaan air Zamzam mencecah 15,333 meter padu, manakala 586,881 pengunjung mendapat manfaat daripada perkhidmatan bimbingan menerusi pasukan lapangan dan pusat pelbagai bahasa yang disediakan untuk membantu serta menjawab pertanyaan.

Advertisement

Sebanyak 9,581,735 hidangan iftar telah diagihkan di kedua-dua masjid suci berkenaan, yang disusun bagi memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang tinggi.

Selain itu, di Masjidil Haram, seramai 104,159 pengunjung menggunakan perkhidmatan Tahallul, manakala perkhidmatan kereta sorong dan kerusi roda membantu 332,022 individu, sekali gus memudahkan pergerakan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kepimpinan Arab Saudi dalam menyediakan perkhidmatan luar biasa dan memaksimumkan kecekapan operasi sepanjang bulan Ramadan.

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video