awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua militan maut, lapan anggota keselamatan cedera di Selatan Thailand

Bernama
Bernama
20/04/2017
15:56 MYT
Dua militan maut, lapan anggota keselamatan cedera di Selatan Thailand
Mereka maut kerana bom yang dibawa mereka meletup secara tiba-tiba. - Gambar hiasan
Dua anggota militan maut dan lapan anggota keselamatan cedera dalam kejadian serangan dan bom meletup di tiga wilayah di selatan Thailand.
Jurucakap Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Kol Pramote Prom-in berkata, dua anggota militan itu yang maut di Sabayoi, Songkla dikenali Matbidee Lamado, 32, dari Pattani dan Matzakee Cheklek, 32, dari Songkla .
"Mereka maut kerana bom yang dibawa mereka meletup secara tiba-tiba," katanya pada sidang media di Kem Sirinthorn hari ini dan menurutnya dipercayai sasaran bom dibawa mereka adalah sebuah markas kawalan polis.
Katanya pihak berkuasa turut menyiasat sebuah motosikal yang dinaiki kedua-duanya dan pemilik motosikal itu telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Pramote berkata, individu tidak dikenali turut melancarkan serangan menggunakan senjata api dan bom secara serentak terhadap 18 sasaran di Pattani, Narathiwat dan Songkla terdiri daripada balai polis dan pos keselamatan bermula 7.30 malam semalam, mengakibatkan lapan anggota keselamatan cedera.
Pihak keselamatan percaya serangan itu dilakukan oleh kumpulan sama yang menyerang infrastruktur bekalan elektrik di wilayah-wilayah selatan Thailand sehingga menyebabkan sebahagian besar wilayah itu bergelap pada awal 7 April lepas, katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota keselamatan
#Kol Pramote Prom-in
#letupan bom
#militan
#Pattani
#selatan thailand
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan