LONDON: Dua pertiga pekerja di United Kingdom (UK) yang mengalami gejala COVID yang berpanjangan mendakwa mereka dilayan secara tidak adil di tempat kerja dan satu daripada tujuh hilang pekerjaan, menurut laporan yang dikeluarkan pada Isnin.
Laporan yang dikeluarkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) dan badan amal Long COVID Support, menunjukkan hasil maklumat balas daripada sejumlah 3,097 penghidap COVID berpanjangan yang berkongsi pengalaman mereka di tempat kerja.
Menurut laporan itu, satu daripada tujuh responden dalam kaji selidik itu atau 14 peratus, berkata mereka hilang pekerjaan disebabkan gejala COVID berpanjangan.
Dua pertiga atau 66 peratus berkata mereka pernah mengalami satu atau lebih layanan tidak adil di tempat kerja, menurut laporan itu.
Selain itu, separuh daripada responden atau 49 peratus percaya mereka dijangkiti COVID-19 di tempat kerja.
Menurut laporan itu, layanan tidak adil di tempat kerja termasuklah gangguan tindakan tatatertib kerana tidak percaya tentang gejala yang mereka alami, lapor Xinhua.
"Pekerja dengan COVID yang berpanjangan dilayan dengan teruk walaupun kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja utama yang membantu menangani wabak itu, namun akhirnya dipaksa berhenti," kata Setiausaha Agung TUC Paul Nowak.
Orang yang menghidap COVID yang berpanjangan mengalami pelbagai simptom termasuk kesukaran bernafas, keletihan kronik dan disfungsi kognitif, selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun.
Lebih separuh daripada responden melaporkan simptom berkaitan kesakitan termasuk sakit otot, sakit kepala, sakit sendi dan sakit dada, menurut laporan itu.
Tempoh masa biasa kesakitan yang dialami responden adalah melebihi 24 bulan (29 peratus daripada responden), diikuti tujuh hingga 12 bulan (23 peratus) manakala 60 peratus responden menyatakan mereka mengalami gejala itu lebih setahun.
Responden juga menyatakan kekecewaan mereka terhadap majikan yang tidak memahami gejala itu yang berterusan dan turun naik.
Selain itu, separuh daripada penghidap COVID-19 berkata mereka percaya dijangkiti COVID-19 di tempat kerja.
Data terbaharu dari 2 Januari 2023 Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) di UK menunjukkan 2 juta orang di negara itu mengalami COVID berpanjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Menurut laporan itu, satu daripada tujuh responden dalam kaji selidik itu atau 14 peratus, berkata mereka hilang pekerjaan disebabkan gejala COVID berpanjangan. -Gambar hiasan/Reuters

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

COVID-19: Peratus kes, kadar kemasukan ke hospital menurun pada ME21/2023 - Dr Zaliha
Beliau turut memberi jaminan keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas.

WHO akan peluas sistem pensijilan digital COVID-19 Kesatuan Eropah
WHO berkata model Eropah akan menjadi blok binaan pertama dalam mewujudkan Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global WHO.

Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem - Laporan UNODC
Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan UNODC.

Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA
Aliran pergerakan penumpang domestik bagi April tahun ini juga meningkat 42.6 peratus daripada tahun lepas dan kini telah pulih sepenuhnya.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

KKM bincang SOP baharu COVID-19 pertengahan Jun ini
KKM akan mengadakan satu mesyuarat pada pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu SOP COVID-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh WHO.

PM Lee Singapura sekali lagi positif COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sekali lagi disahkan positif COVID-19, selepas keputusan ujian saringan pada Ahad (28 Mei) lalu menunjukkan negatif dan kembali bertugas pada Isnin (29 Mei).

Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).

Perangi tabiat merokok, ini beberapa fakta tentang Hari Tanpa Tembakau Sedunia
Hari Tanpa Tembakau Sedunia dirai setiap 31 Mei untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya merokok dalam menyokong usaha menangani ketagihan terhadap tembakau.