DUNIA
Dua remaja perempuan maut atas bumbung kereta api bawah tanah New York

Dua remaja perempuan maut selepas berada di atas bumbung kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di New York pada Sabtu, dipercayai ketika melakukan aksi berbahaya dikenali sebagai "subway surfing". - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Dua remaja perempuan maut selepas berada di atas bumbung kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di New York pada Sabtu, dipercayai ketika melakukan aksi berbahaya dikenali sebagai "subway surfing", lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Dua remaja perempuan maut selepas dipercayai melakukan aksi berbahaya -subway surfing- di atas bumbung kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di New York.
- Polis menemukan mangsa di atas kereta api laluan J menuju Brooklyn, manakala Presiden Transit New York menegaskan tindakan itu sangat berisiko dan boleh membawa maut.
- Calon Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa dan menyeru masyarakat agar mengambil iktibar daripada tragedi tersebut.
"Amat menyedihkan apabila dua remaja perempuan kehilangan nyawa kerana menganggap berada di luar kereta api bawah tanah sebagai satu permainan," katanya dalam kenyataan.
"Para ibu bapa, guru dan rakan perlu menjelaskan kepada orang tersayang bahawa naik ke atas bumbung kereta api bukanlah 'surfing' - ia tindakan yang boleh meragut nyawa," katanya sambil menambah bahawa keluarga mangsa dan kakitangan transit amat terkesan dengan kejadian itu.
Calon Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, turut menyampaikan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa, sambil menyifatkan insiden itu sebagai peringatan jelas tentang bahaya "subway surfing".
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami