awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

Bernama
Bernama
16/08/2023
12:52 MYT
Dua suspek militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Archan menambah kedua-dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun itu mempunyai tujuh waran tangkap di Pattani membabitkan kes tembakan dan pengeboman. - Gambar fail/Unsplash
PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Daerah Nong Chik, Pattani, selatan Thailand hari ini.
Ketua Polis Wilayah Pattani, Pol Maj Jen Archan Chansiri berkata pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat persembunyian dua anggota militan di Kampung Koh Morkaeng, Nong Chik, kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) hari ini.
"Kami telah berusaha memujuk dua lelaki yang bersembunyi dalam rumah terbabit untuk menyerah diri namun gagal, malah mereka telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan ketika cuba melarikan diri.
"Insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit. Apabila keadaan reda, kami menemukan satu mayat di perkarangan rumah.
"Satu lagi insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan). Pasukan keselamatan menemukan satu lagi mayat di tingkat dua rumah itu," katanya.
Beliau menambah bahawa kedua-dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun itu mempunyai tujuh waran tangkap di Pattani membabitkan kes tembakan dan pengeboman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota militan
#berbalas tembakan
#perkarangan rumah
#tempat persembunyian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan