awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2025
00:15 MYT
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Foto REUTERS
KARNATAKA: Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang popular di selatan India.
Menurut Ketua Polis Daerah, Ram Arasiddi, kejadian berlaku ketika lelaki India dan dua wanita berkenaan sedang melihat bintang bersama dua pelancong lelaki lain di bandar Hampi.
Mereka kemudiannya diserang oleh tiga lelaki susulan pertengkaran mengenai wang.
Penyerang bertindak menolak lelaki India bersama dua pelancong lelaki itu ke dalam sungai sebelum merogol kedua-dua wanita terbabit.
Dua daripada lelaki berkenaan, termasuk seorang warga Amerika Syarikat, berjaya menyelamatkan diri manakala mayat lelaki ketiga ditemui pada pagi Sabtu.
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Serangan terhadap wanita di India mendapat perhatian antarabangsa tahun lalu selepas insiden rogol dan bunuh seorang doktor pelatih di sebuah hospital di Kolkata.
Insiden itu sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat serta protes besar-besaran berhubung isu keselamatan wanita di negara itu.
Topic Berkaitan
#rogol
#pelancong
#Unesco
#pertengkaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan