DUNIA
Dua warga emas maut disyaki akibat strok haba di Jepun

Suhu di Kitakami ketika itu mencecah 30.4 darjah Celsius.
TOKYO: Dua warga emas maut disyaki akibat strok haba di Wilayah Iwate dan Chiba, Jepun pada Ahad susulan peningkatan suhu di kawasan berkenaan, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Di Bandar Kitakami, Wilayah Iwate, seorang wanita berusia 84 tahun rebah di taman rumahnya sekitar tengah hari dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, menurut penyiar nasional NHK.
Suhu di Kitakami ketika itu mencecah 30.4 darjah Celsius.
Dalam insiden lain, seorang lelaki berusia 95 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam rumah hijau di kawasan kediamannya di Wilayah Chiba.Perkhidmatan kecemasan dipanggil sejurus selepas 1 tengah hari waktu tempatan namun lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital. Pihak berkuasa mengesyaki strok haba sebagai punca kematian dalam kedua-dua kes.
Menurut jabatan bomba di Iwate, seramai 11 individu turut dimasukkan ke hospital pada hari sama disyaki akibat strok haba.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami