NAMA pengasas parti One Nation di Australia Pauline Hanson kembali hangat setelah membuat ucapan berbaur anti-Islam.
Memetik laporan BBC, dalam ucapan pertamanya di Dewan Senat, Hanson mendakwa Australia 'dibanjiri umat Islam'.
"Islam tidak boleh mempunyai kehadiran yang ketara di Australia jika kita hidup di dalam masyarakat yang terbuka dan sekular.
"Kami telah melihat kemusnahan yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.
Beliau juga mencadangkan larangan terhadap pemakaian burqa dan pembinaan masjid-masjid baharu.
Ternyata kenyataan beliau mengundang pelbagai kritikan sehingga beberapa senator yang lain bertindak untuk keluar dari dewan.
Di media sosial pula, hashtag #SwampedByMuslims trending di garis masa media sosial di Australia.
Mereka yang warga Australia beragama Islam terus menyuarakan pandangan mereka tentang kepelbagaian yang wujud di Australia.
Ada juga berkata bahawa umat Islam adalah hanya 2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Australia.
Hanson mula menceburi bidang politik pada tahun 1994.
Beliau bertindak sebagai pengasas bersama parti One Nation, yang antara lain ketengahkan anti-kepelbagaian budaya.
Pada pilihan raya Australia tahun ini, beliau memenangi kerusi senat mewakili Queensland.
Syafique Shuib
Sat Sep 17 2016
Pengasas parti One Nation di Australia Pauline Hanson mencadangkan larangan terhadap burqa dan pembinaan masjid-masjid baharu. Gambar: -AFP PHOTO/SAEED KHAN
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.
Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman
Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk "India....Who lit the Fuse?", yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil
Sonny B Williams memuji tindakan berani orang awam yang menghentikan serangan seorang lelaki warganegara Australia yang memukul seorang wanita hamil beragama Islam.
Wanita bertudung ini sangat berani
Shaymaa bertembung dengan penunjuk perasaan anti-Islam dan terus meminta rakan mengambil gambarnya di hadapan kumpulan tersebut.
Pemimpin DAP perlu kerja keras ubah stigma terhadap DAP
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata kepimpinan parti perlu memainkan peranan mendekati pengundi.
Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam
Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai 'ganjaran' ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.
Trump dikritik di AS, Britian kerana kongsi video anti-Islam
White House mempertahankan tweet Donald Trump, mengatakan apa yang dilakukan adalah untuk memberi kesedaran tentang isu keselamatan.
Kit Siang mahu saman Abdul Hadi berhubung dakwaan anti-Islam
Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.
Dulu anti-Asia, kini Pauline Hanson dakwa Australia dibanjiri umat Islam
Pengasas parti One Nation di Australia Pauline Hanson mencadangkan larangan terhadap burqa dan pembinaan masjid-masjid baharu.