awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
22/11/2019
15:45 MYT
Sonny Bill Williams puji tindakan halang serangan ke atas wanita Islam hamil
Suspek warganegara Australia didakwa atas tuduhan menumbuk dan memukul seorang wanita hamil beragama Islam dengan sengaja. Foto: Twitter/@SonnyBWilliams
BINTANG ragbi dunia, Sonny B Williams memuji tindakan berani orang awam yang menghentikan serangan seorang lelaki warganegara Australia yang memukul seorang wanita hamil beragama Islam.
Menerusi perkongsian di Twitter rasminya, Williams turut menyatakan beliau terkesan dengan serangan terhadap wanita tersebut kerana isterinya juga sedang mengandung.
"Itu (video) yang dihantar kepada saya hari ini. Saya sangat terkesan dengan serangan ini kerana saya juga mempunyai isteri yang sedang mengandung.
"Saya memuji tindakan orang awam yang membantu menghentikan serangan lelaki ini.
"In shaa Allah, wanita ini dan anak dalam kandungannya akan selamat," katanya.
TRIGGER WARNING! This was sent to me today. It really hit home having a pregnant wife. I commend those who helped stop this coward. In shaa Allah this woman & her unborn child are ok. pic.twitter.com/wCunGXznQf
— Sonny Bill Williams (@SonnyBWilliams) November 22, 2019
Terdahulu, memetik laporan AFP, suspek warganegara Australia didakwa atas tuduhan menumbuk dan memukul seorang wanita hamil beragama Islam dengan sengaja.
Tindakan itu digambarkan sebagai serangan Islamophobia oleh Persatuan Islam Australia.
Paparan kamera litar tertutup jelas menunjukkan lelaki tersebut mendekati meja yang diduduki tiga wanita berhijab di sebuah kafe di Sydney pada Rabu.
Tidak semena-mena, suspek berusia 43 tahun itu dilihat menyerang mangsa berusia 31 tahun yang kini usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Selepas beberapa tumbukan dilepaskan, suspek juga menendang mangsa yang sudah jatuh sebelum dihentikan oleh orang awam di sekitar kafe tersebut.
Pada masa sama, polis turut memaklumkan suspek kini didakwa atas tuduhan serangan ganas dan tiada ikat jamin dibenarkan terhadap suspek.
Bagaimanapun, pihak polis enggan mengulas lanjut tentang motif serangan tersebut namun memberitahu terdapat beberapa lagi tuduhan yang akan dikenakan terhadap suspek.
Sementara itu, Persekutuan Persatuan Islam Australia dipetik berkata ada saksi yang menyatakan mereka mendengar jeritan kebencian anti-Islam yang dilemparkan oleh suspek.
Mangsa dilaporkan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dibenarkan pulang pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#anti-Islam
#Australia
#Islam
#Islamophobia
#Ragbi
#Sonny B Williams
#Sydney
#wanita hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan