awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025

Bernama
Bernama
06/02/2025
21:30 MYT
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau. - Gambar hiasan Bernama
BRUSSELS: Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau, lapor Agensi Berita Emirates (WAM), memetik saintis Kesatuan Eropah pada Khamis.
Ini berlaku walaupun terdapat jangkaan bahawa keadaan La Nina yang lebih sejuk mungkin dapat meredakan gelombang panas yang memecahkan rekod.
Januari meneruskan siri suhu tinggi yang luar biasa, dengan 18 daripada 19 bulan terakhir mencatatkan suhu purata global lebih daripada 1.5 darjah Celsius di atas tahap praindustri, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (C3S) dalam buletin bulanannya.
Ini berlaku walaupun dunia sedang beralih daripada corak pemanasan El Nino yang menyumbang kepada 2024 menjadi tahun paling panas dalam rekod ke arah La Nina yang lebih sejuk, yang melibatkan penyejukan Pasifik Khatulistiwa dan boleh meredakan suhu global.
Suhu purata global pada Januari adalah 1.75°C lebih tinggi daripada zaman praindustri.
Secara global, suhu permukaan laut secara purata pada Januari adalah yang kedua tertinggi dalam rekod untuk bulan itu, hanya melepasi Januari 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dunia
#cuaca paling panas
#Januari
#suhu tinggi luar biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan