ISTANBUL: Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Eren Gunhan Ulusoy memetik laporan antarabangsa bahawa 811 juta orang kekurangan zat makanan dan 276 juta hidup dalam kedaifan ketika berucap pada persidangan antarabangsa melibatkan kumpulan itu di Istanbul, lapor agensi Anadolu.
"Setiap biji gandum berharga, kita mesti mengambil langkah mengurangkan kelaparan dengan mengelakkan pembaziran serta mencegah kerugian," katanya.
Acara empat hari bermula Khamis dengan pameran itu, akan memberi tumpuan kepada beberapa topik, termasuk pengeluaran bijirin peringkat global, isu perdagangan dan operasi pengilang.
"Pengilang mesti berusaha untuk melindungi setiap gram bahan mentah.
"Sekiranya gangguan rantaian bekalan disebabkan krisis di Ukraine gagal diselesaikan, 47 juta lagi orang akan berdepan ancaman kemiskinan," katanya.
Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, stok gandum dunia akan menurun sebanyak 12 juta tan metrik.
Beliau berkata Ukraine menaikkan stok gandumnya daripada 1 juta kepada 6 juta tan tahun ini serta menegaskan India bersedia memenuhi defisit gandum tetapi selepas peningkatan suhu yang tidak dijangka, negara itu telah menghentikan eksport gandumnya buat masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu. - Gambar hiasan/Pixabay

Konsert 'bertalu-talu' kerja gila - Pemuda Pas
Ahmad Fadhli Shaari berkata, penganjurannya akan menjemput kemurkaan Allah SWT.

AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.
![[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia [INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983436/thumbnails/8967789641660950070553_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia
Fakta Hubungan Malaysia-Rusia

Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds belasah JDT 5-0
Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Ur

AWANI Ringkas: Pekerja asing perlu kelulusan JTKSM bermula 1 September
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.

ISWAMI teroka peluang baharu di Indonesia untuk media Malaysia
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengambil inisiatif untuk meneroka pengetahuan dan peluang dari media Indonesia.

Pemandu maut, lori terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.