INTERNATIONAL
Duta Besar China ke AS gesa hentikan perang dagang, namun beri amaran Beijing sedia melawan

Xie Feng bertegas memberi amaran bahawa China bersedia untuk membalas dalam perang perdagangan yang semakin memuncak. - Foto: http://us.china-embassy.gov.cn/
WASHINGTON: Duta Besar China ke Amerika Syarikat, Xie Feng, mendesak Washington untuk mencari titik persamaan dengan Beijing dan berusaha berdamai seperti sedia ada.
Walaupun begitu, Xie Feng bertegas memberi amaran bahawa China bersedia untuk membalas dalam perang perdagangan yang semakin memuncak.
Bercakap di Washington pada hari Sabtu, menerusi butiran ucapan beliau yang dimuat naik di laman web kedutaan China, Xie berkata tarif akan memusnahkan ekonomi global dan membawa kepada masalah seperti era Kemelesetan Ekonomi atau The Great Deppression dan tarif yang penah dikenakan oleh AS pada tahun 1930.
Merujuk kepada konsep dalam perubatan tradisional China seperti keperluan untuk menyeimbangkan kekuatan yang berlawanan seperti yin dan yang, Xie berkata keharmonian adalah untuk memimpin hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia ini."Resipi perubatan tradisional China yang baik biasanya menggabungkan banyak ramuan yang berbeza yang saling menguatkan dan menghasilkan kesan perubatan yang terbaik
"Begitu juga, bumi ini cukup besar untuk menampung China dan AS.
"Kita harus mengejar keharmonian hidup bersama secara damai daripada bertembung secara langsung, dan saling membantu untuk berjaya daripada terjebak dalam senario yang merugikan," tambahnya lagi.
Perang dagang yang berlaku hampir merencatkan perdagangan besar antara dua ekonomi terbesar dunia dengan tarif melebihi 100 peratus di setiap arah serta pelbagai sekatan dalam bidang perdangan, pelaburan dan budaya.
Persatuan perkapalan utama China pada hari Sabtu mengecam rancangan AS untuk mengenakan yuran pelabuhan ke atas kapal yang berkaitan dengan China.
Sementara Jepun, Taiwan dan negara lain sudah dalam perbincangan atau sedang bersedia untuk berunding dengan Washington mengenai tarif "Hari Pembebasan" Presiden Donald Trump, tiada dialog peringkat tinggi yang dirancang dengan China pada masa ini.
Trump berkata pada hari Jumaat bahawa AS sedang mengadakan perbincangan yang baik secara peribadi dengan China di tengah-tengah perang perdagangan kedua-dua negara.
“Kami mempunyai perbincangan yang baik dengan China," katanya kepada wartawan di White House, tanpa memberikan butiran tambahan.
China berkata bahawa AS harus menunjukkan rasa hormat sebelum sebarang perbincangan boleh diadakan.
Xie berkata China menentang perang dagang dan akan membalas terhadap mana-mana negara yang mengenakan tarif ke atasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami