KUALA LUMPUR: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan bakal bersara daripada politik selepas tamat penggal pentadbirannya, sekali gus berundur daripada perancangan awalnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden pada pilihan raya tahun depan.
Pengumuman mengejut itu dibuat selepas beliau mengiringi Senator Bong Go yang mendaftar sebagai calon Naib Presiden pada Sabtu.
Duterte sebelum ini pernah mengumumkan pelannya untuk bertanding sebagai Naib Presiden.
Namun, ketika itu, ahli politik pembangkang menegaskan pihaknya akan membantah tindakan Duterte dan ia akan dibawa ke Mahkamah Agung bagi mempersoalkan sama ada ia sah atau sebaliknya dari segi undang-undang.
Pengunduran Duterte menambah lagi spekulasi bahawa beliau memberi laluan kepada anak perempuannya, Sara Duterte-Carpio untuk mengambil alih.
Malah, anaknya sudah menggantikan Duterte sebagai Datuk Bandar Davao.
Namun kata Sara pada bulan lepas, dia tidak akan bertanding untuk jawatan tertinggi negara pada tahun depan kerana telah bersetuju dengan Duterte supaya hanya salah seorang daripada mereka bertanding pada pilihan raya 2022.
Untuk rekod, selepas Duterte dinamakan sebagai Presiden pada 2016, beliau tekad mempergiatkan kempen membanteras dadah.
Lebih 6,000 suspek yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah secara kecil-kecilan terbunuh akibat kempen tersebut, sehingga menimbulkan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.
Ketika ini, pembunuhan melalui kempen itu sedang disiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Agensi
Sat Oct 02 2021
Rodrigo Duterte sebelum ini pernah mengumumkan pelannya untuk bertanding sebagai Naib Presiden. - Gambar fail/REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Duterte umum bersara daripada politik
Presiden Filipina itu sekaligus berundur daripada pelannya untuk bertanding sebagai Naib Presiden tahun depan.
Cadangan Sabah dalam peta pasport Filipina bukan pendirian rasmi negara itu - Kamarudin
Kementerian Luar sedang memantau rapi perkembangan cadangan Rang Undang-Undang Dewan 6399 oleh ahli Dewan Perwakilan Filipina ini.