awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edward Snowden dapat pasport Rusia

Bernama
Bernama
03/12/2022
04:45 MYT
Edward Snowden dapat pasport Rusia
Edward Snowden bakal menghadapi tuduhan pengintipan dan berdepan hukuman 30 tahun penjara di Amerika Syarikat jika dia kembali. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Moscow telah memberikan pasport Rusia kepada Edward Snowden, lapor United Press International (UPI), memetik peguamnya pada Jumaat.
Bekas kontraktor perisikan berusia 39 tahun yang membocorkan maklumat sulit pada 2013 telah diberikan kerakyatan Rusia oleh Presiden Vladimir Putin pada September.
Edward Snowden bakal menghadapi tuduhan pengintipan dan berdepan hukuman 30 tahun penjara di Amerika Syarikat jika dia kembali.
"Edward menerima pasport Rusia semalam dan mengangkat sumpah mengikut undang-undang," kata peguamnya Anatoly Kucherena, menurut Agensi Berita Interfax Rusia.
Selepas membocorkan maklumat sulit, bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara itu melarikan diri ke Hong Kong sebelum tinggal di Rusia sejak Jun 2013 dan dilaporkan bekerja untuk sebuah syarikat IT Rusia.
Edward Snowden dan isterinya memohon kerakyatan Rusia pada November 2020, sebulan selepas diberikan pemastautin tetap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Edward Snowden
#Vladimir Putin
#Bekas kontraktor perisikan
#bocor maklumat sulit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan