awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan menjanjikan dalam satu dekad

Bernama
Bernama
01/08/2024
09:32 MYT
Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan menjanjikan dalam satu dekad
Enam ekonomi utama serantau itu akan mendapat manfaat daripada lebih 600 juta pengguna di pasaran Asia Tenggara dan hubungan sejarah yang kukuh dengan ekonomi perdagangan utama. - Adobe Stock Images
SINGAPURA: Enam ekonomi utama di Asia Tenggara iaitu Vietnam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura diunjur berkembang pada kadar purata tahunan 5.1 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut laporan bertajuk "Navigating High Winds: Southeast Asia Outlook 2024-2034."
Enam ekonomi utama serantau itu akan mendapat manfaat daripada lebih 600 juta pengguna di pasaran Asia Tenggara dan hubungan sejarah yang kukuh dengan ekonomi perdagangan utama, menurut laporan itu.
Sementara itu, peningkatan perlindungan dalam pasaran maju dan deindustrilisation secara beransur-ansur akibat perubahan faktor daya saing akan memberi kesan negatif kepada ekonomi.
Laporan itu menganggarkan bahawa Singapura akan berkembang pada kadar purata tahunan 2.5 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Pembuatan termaju, perkhidmatan, pelancongan dan kumpulan bakat bertaraf dunia dijangka menjadi pemacu ekonomi yang kuat.
Bagaimanapun, cabaran demografi, kekangan tenaga kerja, serta kos perniagaan yang lebih tinggi mungkin mengehadkan prospek negara, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#ekonomi
#pertumbuhan
#pasaran
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan