awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk lelong papan tanda Twitter, memorabilia lain

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2023
22:45 MYT
Elon Musk lelong papan tanda Twitter, memorabilia lain
Turut disenaraikan dalam barangan lelong ialah puluhan meja dan kerusi, gerai DJ dan peralatan muzik. - Foto Stephen Lam/San Francisco Chronicle via AP
NEW YORK: Hartawan Elon Musk dilaporkan melelong tanda bangunan Twitter dan beberapa barangan lain daripada syarikat itu beberapa minggu selepas melakukan penjenamaan semula firma itu sebagai X.
Memetik BBC, antara 584 barangan ditawarkan ialah meja kopi, sangkar burung serta lukisan minyak imej yang tular.
Lelongan itu telah dipanggil "Penjenamaan Semula Twitter: Lelongan Dalam Talian Menampilkan Memorabilia, Seni, Aset Pejabat & Banyak Lagi!"
Dalam acara lelongan itu, salah satu tanda Twitter yang masih dipasang di ibu pejabat syarikat di 10th Street di San Francisco turut dilelong.
"Burung Twitter masih dipasang di sisi bangunan. Pembeli bertanggungjawab untuk mengupah Syarikat Berlesen SF dengan permit yang sesuai," tulis dalam satu kenyataan.
Bulan lalu, percubaan untuk mengalih tanda Twitter telah dihentikan buat sementara waktu oleh pihak berkuasa di San Francisco.
Turut disenaraikan dalam barangan lelong ialah puluhan meja dan kerusi, gerai DJ dan peralatan muzik.
Sejak membeli platform media sosial tahun lepas, Musk dilaporkan membuang ribuan pekerjaan dalam usaha mengurangkan kos.
Bulan lalu, firma itu membuang logo burung biru daripada penjenamaan dan menggantikannya dengan logo X berwarna hitam dan putih.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#media sosial
#lelongan Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan