awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk ubah suai pejabat Twitter jadi rumah pekerja?

Agensi
Agensi
08/12/2022
09:00 MYT
Elon Musk ubah suai pejabat Twitter jadi rumah pekerja?
Seorang bekas pekerja Twitter mendakwa, pemilik baharu rangkaian sosial itu, Elon Musk juga memilih tinggal di pejabat sejak membeli firma itu. - WIKIPEDIA
SAN FRANCISCO: Sekeping gambar menunjukkan ruang pejabat Twitter yang diubah suai menjadi bilik tidur kini mendapat perhatian ramai.
Memetik laporan BBC, gambar itu telah didedahkan di portal berkenan sekali gus kini di bawah siasatan pihak berkuasa San Francisco.
Dalam gambar itu, kelihatan imej menunjukkan sebuah bilik diisi dengan katil termasuk almari pakaian dan selipar.
Dalam masa sama, seorang bekas pekerja Twitter mendakwa, pemilik baharu rangkaian sosial itu, Elon Musk juga memilih tinggal di pejabat sejak membeli firma itu.
Sebelum itu, Musk menghantar e-mel kepada semua kakitangan Twitter mengatakan mereka "perlu menjadi sangat kuat" untuk berjaya.
Sementara itu, Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco mengesahkan sedang menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran akta berikutan aduan diterima.
Namun begitu, hal ini disangkal Musk di Twitter dengan mendakwa, masyarakat menyerang tindakannya kerana menyediakan katil untuk “pekerja yang letih” namun ciapan itu telah dipadam.
Pihak pengurusan Twitter pula tidak memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai isu ini.
Sejak Musk mengambil alih Twitter pada Oktober lalu, Musk telah menghantar e-mel kepada semua kakitangan di syarikat itu memberitahu mereka perlu bekerja “berjam-jam pada tekanan tinggi”.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Twitter
#San Francisco
#bilik tidur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan