Pusat beli-belah terkenal di Jakarta Pusat, Pasar Tanah Abang kecoh apabila satu letupan yang kuat berlaku di tengah-tengah kesibukan kawasan tersebut kira-kira jam 3 petang waktu tempatan hari ini.

Letupan yang dipercayai berlaku berdekatan dengan pondok polis di pasar tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang tercedera dengan tiga daripadanya hanya mengalami cedera ringan, lapor media tempatan.

Semua mangsa sudahpun digegaskan ke Hospital Pelni untuk menerima rawatan.

Menurut Ketua Polis Lalu Lintas Sektor Tanah Abang , R. Sujoko, pihak berkuasa kini sudah berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan dan menjalankan siasatan.

Maklumat awal menyatakan bahawa letupan itu dipercayai daripada sebuah pondok pekerja yang terletak dalam kawasan kebun di hujung sebatang lorong.

Bahan letupan juga dilaporkjan mempunyai campuran potongan paku yang mampu meninggalkan kesan kecederaan teruk kepada mangsa.

Ketua Polis Metro Jaya, Inspektor Jeneral Unggung Cahyono dan Ketua Polis Jakarta Pusat Hendro Pandowo turut kelihatan di lokasi ke lokasi.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan perincian dan motif sebenar kejadian letupan berkenaan.