Skip to main content

Dunia

Empat individu dinamakan sebagai suspek dalam tragedi feri Laut Jawa

Pemandangan udara feri Virgo Transport 8 yang terbalik di perairan Laut Jawa, Indonesia. - Foto fail/REUTERS
Pemandangan udara feri Virgo Transport 8 yang terbalik di perairan Laut Jawa, Indonesia. - Foto fail/REUTERS

Advertisement

JAKARTA: Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek berhubung insiden feri KM Virgo Transport 8 yang terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 Sept, menurut polis Kalimantan Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono, berkata empat suspek itu ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat serta pengurus operasinya.

Kapten kapal kini ditahan di ibu pejabat polis Kalimantan Selatan manakala tiga suspek lain telah dipanggil untuk menjalani soal siasat, kata Sigit.

Sehingga Jumaat, seramai 80 mangsa ditemukan meninggal dunia manakala 108 orang terselamat dan 55 lagi masih hilang, menurut  Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

Feri yang membawa 243 penumpang itu bertolak dari Surabaya, Jawa Timur pada 12 Sept menuju Banjarmasin, Kalimantan Selatan.

Feri berkenaan berdepan cuaca buruk semasa pelayaran dan terputus hubungan kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada 13 Sept.

 -- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement