Skip to main content

Dunia

Bolsonaro dirawat di hospital selepas alami masalah usus tersumbat

Bekas presiden itu kini ditempatkan di bawah tahanan rumah atas alasan kemanusiaan berikutan keadaan kesihatannya. - Foto fail/REUTERS
Bekas presiden itu kini ditempatkan di bawah tahanan rumah atas alasan kemanusiaan berikutan keadaan kesihatannya. - Foto fail/REUTERS

Ringkasan AI

  • Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, dirawat di hospital akibat masalah usus tersumbat separa yang hampir menghalang sepenuhnya saluran ususnya.
  • Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berusaha merawat tanpa prosedur invasif, sementara hospital belum mengesahkan keperluan pembedahan.
  • Bolsonaro kini berada di bawah tahanan rumah atas alasan kesihatan, selepas disabitkan bersalah merancang cubaan rampasan kuasa pada 2022.
Advertisement

BRASILIA: Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, menerima rawatan di hospital di ibu negara negara itu selepas mengalami sakit dan kembung perut akibat masalah usus tersumbat.

Menurut Reuters, pemeriksaan yang dijalankan mendapati bekas pemimpin berusia 71 tahun itu mengalami masalah usus tersumbat separa yang hampir menghalang sepenuhnya saluran berkenaan.

Doktor peribadinya, Brasil Caiado, berkata pasukan perubatan sedang memantau keadaan Bolsonaro dan berusaha merawatnya tanpa perlu menjalankan prosedur invasif.

Advertisement

Anaknya, Carlos Bolsonaro, memaklumkan menerusi media sosial bahawa bapanya sedang menerima ubat penahan sakit, sambil doktor cuba mengatasi masalah tersebut tanpa pembedahan.

Bolsonaro mempunyai sejarah masalah kesihatan berkaitan kecederaan serius yang dialaminya selepas ditikam pada bahagian perut ketika berkempen dalam pilihan raya presiden 2018.

Advertisement

Sejak insiden itu, beliau beberapa kali menjalani pembedahan dan menerima rawatan di hospital.

Reuters melaporkan Bolsonaro kini sedang menjalani hukuman penjara selama 27 tahun selepas disabitkan bersalah atas tuduhan merancang cubaan rampasan kuasa susulan kekalahannya dalam pilihan raya 2022 kepada Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Bagaimanapun, bekas presiden itu kini ditempatkan di bawah tahanan rumah atas alasan kemanusiaan berikutan keadaan kesihatannya.

Setakat ini, pihak hospital belum mengesahkan sama ada Bolsonaro memerlukan pembedahan atau tempoh rawatan lanjut.

 

 

Must Watch Video

Advertisement