Skip to main content

Malaysia

ASEAN setuju Timor-Leste pengerusi 2029 - Mohamad

Mohamad berkata, peluang Myanmar untuk mempengerusikan ASEAN boleh dipertimbangkan selepas giliran Vietnam berdasarkan merit khas, namun perkara itu belum diputuskan. - Gambar Bernama
Mohamad berkata, peluang Myanmar untuk mempengerusikan ASEAN boleh dipertimbangkan selepas giliran Vietnam berdasarkan merit khas, namun perkara itu belum diputuskan. - Gambar Bernama
Advertisement

MANILA: Majlis Penyelaras ASEAN (ACC) bersetuju supaya Timor-Leste mempengerusikan ASEAN pada 2029 mengikut giliran abjad selepas Thailand, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, keputusan pada mesyuarat hari ini dibuat selepas Timor-Leste dan Myanmar menyatakan minat untuk menjadi pengerusi serta tuan rumah ASEAN bagi tahun berkenaan.

“Kebiasaannya kita mengikut giliran abjad. Jadi selepas Thailand, kita bagi Timor-Leste,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri mesyuarat-mesyuarat peringkat menteri ASEAN, di sini, hari ini.

Advertisement

Mohamad berkata, peluang Myanmar untuk mempengerusikan ASEAN boleh dipertimbangkan selepas giliran Vietnam berdasarkan merit khas, namun perkara itu belum diputuskan.

Beliau berkata, sebarang pertimbangan sedemikian akan dibuat apabila tiba masanya, manakala amalan giliran mengikut abjad dikekalkan buat masa ini.

Advertisement

Mohamad memaklumkan, Singapura akan mempengerusikan ASEAN pada tahun depan, diikuti Thailand pada 2028, Timor-Leste pada 2029 dan kemudian Vietnam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, tiga negara iaitu Slovenia, Slovakia dan Cyprus turut menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) hari ini, ketika perjanjian itu menyambut ulang tahun ke-50 sejak dimeterai pada 1976.

“Hal Ini jelas menunjukkan bahawa minat negara-negara luar untuk berhubung dan menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan negara ASEAN memang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, ASEAN menerima permohonan daripada negara yang berminat menyertai TAC, menjadi rakan dialog sektoral atau meningkatkan hubungan kepada rakan dialog penuh berdasarkan nilai tambah kepada ASEAN, termasuk pertimbangan strategik dan geografi sebelum dibawa untuk pertimbangan negara anggota.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement