MERLIMAU: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendahului dalam saingan satu lawan satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setakat jam 7.28 malam, calon Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 5,406 undi, mengatasi pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah yang meraih 1,787 undi.
Keputusan itu menyaksikan Akmal mendahului dengan majoriti sebanyak 3,619 undi.
DUN Merlimau mempunyai 19,759 pengundi berdaftar dengan jumlah undi yang direkodkan setakat ini sebanyak 7,193 undi.