HOHHOT: Empat orang maut manakala seorang lagi masih hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai di Daerah Xinghe, Inner Mongolia, utara China pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Menurut pihak berkuasa Bandar Ulanqab, yang mentadbir daerah berkenaan, kejadian berlaku semasa banjir kilat akibat hujan yang melanda kawasan itu.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan manakala punca nahas masih dalam siasatan.
-- BERNAMA-XINHUA