awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat, termasuk suspek, maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Indiana

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2022
02:45 MYT
Empat, termasuk suspek, maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Indiana
Pihak berkuasa berkawal di Pusat Beli-belah Greenwood Park selepas insiden tembakan meragut nyawa tiga pengunjung dalam serangan rambang pada petang Ahad. -AP
INDIANA: Tiga pengunjung sebuah pusat beli-belah di Indiana, Amerika Syarikat (AS) maut ditembak dalam serangan rambang pada petang Ahad.
Dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan raifal melepaskan tembakan di medan selera premis itu.
Menurut polis, suspek memasuki Pusat Beli-belah Greenwood Park dengan membawa senapang dan beberapa kelopak peluru dan mula melepaskan tembakan di medan selera premis.
Suspek bagaimanapun ditembak mati oleh orang awam yang berada di lokasi.
Polis dalam pada itu berjaya merampas sebuah beg galas mencurigakan yang diletak di dalam bilik air berhampiran medan selera.
Terdahulu, laporan awal media menyebut bahawa sekurang-kurangnya dua individu terbunuh dalam insiden berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia termasuk suspek kejadian.
BACA: 2 maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah Indiana
Greenwood terletak di pinggir bandar selatan Indianapolis dengan populasi kira-kira 60,000 penduduk.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#tembakan rambang
#pusat beli-belah
#Pusat Beli-belah Greenwood Park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan