Enam individu ditahan di Perancis, atas dakwaan melancarkan plot serangan ke atas Presiden Emmanuel Macron.

Suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, yang ditahan di Brittany.

Sumber keselamatan memaklumkan, siasatan kini tertumpu kepada serangan pengganas.

Maklumat lanjut suspek bagaimanapun tidak didedahkan.

Semua suspek dilaporkan berada di bawah pemantauan Agensi Keselamatan Domestik Perancis (DGSI).

Tahun lalu, seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa dengan tuduhan cuba membunuh Macron.

Serangan itu cuba dilakukan ketika perarakan Hari Bastill pada 14 Julai.