awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam negara sekutu seru Israel patuh undang-undang antarabangsa

Agensi
Agensi
23/10/2023
03:15 MYT
Enam negara sekutu seru Israel patuh undang-undang antarabangsa
Pemimpin Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom dan Amerika Syarikat menggariskan sokongan terhadap Israel sambil menyeru agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam. - Gambar AP
PEMIMPIN Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menggariskan sokongan terhadap Israel sambil menyeru agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam.
Dalam kenyataan bersama, pemimpin negara-negara itu berkata, mereka mahu melihat "penyelesaian politik dan keamanan yang tahan lama" di Asia Barat.
Para pemimpin itu juga akan menggunakan usaha diplomatik termasuk dengan "rakan kongsi utama di rantau itu" untuk "menghalang konflik daripada merebak."
Enam negara itu juga mengalu-alukan pembebasan dua tawanan AS yang ditahan oleh pejuang Hamas dan menggesa pembebasan segera semua tebusan yang masih ada.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas panggilan telefon yang dibuat oleh Presiden AS, Joe Biden pada malam Ahad.
Pemimpin lain yang turut serta dalam dalam panggilan itu ialah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz; Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#undang-undang antarabangsa
#israel serang gaza
#konflik di Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan