awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok

Agensi
Agensi
16/07/2024
13:52 MYT
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Kesemua mangsa merupakan warganegara Vietnam. - Gambar hiasan
BANGKOK: Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Sementara itu, Kerajaan Thailand dalam kenyataan berasingan memberitahu, salah seorang daripada mangsa adalah warga Amerika Syarikat yang berasal dari Vietnam.
Manakala lima yang lain adalah warganegara Vietnam.
Kerajaan Thailand dalam kenyataan itu mahu siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengetahui punca kejadian selain tidak mengganggu usaha kerajaan memacu sektor pelancongan.
"Perdana Menteri, Srettha Thavisin mengarahkan semua agensi untuk segera mengambil tindakan bagi mengelak kesan kepada sektor pelancongan," katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu pegawai polis yang enggan namanya didedahkan menolak laporan awal media tempatan bahawa kesemua mangsa terbunuh dalam satu tembakan.
"Tiada tanda-tanda sebarang insiden tembakan berlaku," katanya ringkas kepada Reuters.
Topic Berkaitan
#tembakan
#maut
#laporan awal
#insiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan