Skip to main content

Dunia

Enam sekeluarga maut dipanah petir di barat laut Uganda

51739356372_RIBUTPETIR.jpg
Menurut jurucakap Polis Wilayah West Nile, petir menyambar sebuah rumah dalam keadaan hujan lebat di Daerah Maracha, mengorbankan enam sekeluarga. - Gambar hiasan/REUTERS
Advertisement

KAMPALA: Enam sekeluarga, termasuk empat kanak-kanak, maut selepas rumah mereka dipanah petir ketika hujan lebat melanda barat laut Uganda pada Sabtu, menurut polis, lapor Xinhua.

Jurucakap Polis Wilayah West Nile, Josephine Angucia, berkata petir itu menyambar rumah keluarga berkenaan di Daerah Maracha.

Menurut pihak berkuasa tempatan, sambaran petir itu mencetuskan kebakaran yang dengan pantas memusnahkan rumah berkenaan.

"Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang tidur di dalam rumah dan tidak sempat menyelamatkan diri. Api merebak dengan pantas, memusnahkan rumah itu dan meragut nyawa mereka sebelum sebarang usaha menyelamat dapat dijalankan," menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Oleba.

Polis berkata mangsa terdiri daripada ibu bapa dan empat anak mereka.

Angucia berkata sepasukan pakar forensik polis telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement