Skip to main content

Malaysia

ASEAN 2026: Anwar, Carney bincang perluas kerjasama tenaga, ekonomi digital dan teknologi

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Kanada, Mark Carney bagi membincangkan kerjasama perdagangan, pelaburan, tenaga, ekonomi digital dan teknologi. -Foto Facebook Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Kanada, Mark Carney bagi membincangkan kerjasama perdagangan, pelaburan, tenaga, ekonomi digital dan teknologi. -Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu rakan sejawat Kanada, Mark Carney, membincangkan kerjasama perdagangan, pelaburan, tenaga, ekonomi digital dan teknologi.
  • Pertemuan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 turut membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa antara Malaysia dan Kanada.
  • Anwar juga mengadakan pertemuan mesra dengan Sultan Brunei, menegaskan komitmen memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Advertisement

Usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi, menjadi antara tumpuan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Mark Carney, di sini.

Anwar berkata pertemuan di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 itu turut membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa.

“Saya turut berkongsi perkembangan ekonomi Malaysia serta meneroka potensi kerjasama baharu, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia–Kanada.

Advertisement

“Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang terjalin demi manfaat dan kemakmuran kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Advertisement

Anwar berada di Manila bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung pada 15 hingga 17 Nov.

Dalam hantaran berasingan menerusi Facebook, Anwar berkata sidang kemuncak itu turut memberikan ruang untuk beliau meluangkan masa bersama-sama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Perdana Menteri berkata pertemuan dalam suasana mesra itu mencerminkan ikatan persahabatan dan persaudaraan yang erat antara Malaysia dengan Brunei.

“Insya-Allah, ikatan istimewa ini akan terus dipelihara dan diperkukuh demi kepentingan serta kemakmuran bersama kedua-dua negara,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement