Skip to main content

Dunia

Gagal capai sasaran muktamadkan COC Laut China Selatan pada 2026 bukan kegagalan - Lazaro

Theresa Lazaro ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina. - Foto REUTERS
Theresa Lazaro ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Filipina menyatakan kegagalan memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan pada 2026 tidak dianggap sebagai kegagalan.
  • Rundingan COC di bawah kepengerusian Filipina telah mencapai lebih 80 peratus kemajuan, namun memerlukan lebih masa untuk dimuktamadkan.
  • Singapura dijangka meneruskan rundingan COC apabila mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada 2027, dengan komitmen ASEAN dan China kekal kukuh.
Advertisement

MANILA: Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Ma Theresa Lazaro berkata, kegagalan mencapai sasaran untuk memuktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan pada 2026 tidak seharusnya dianggap sebagai satu kegagalan.

Beliau berkata ASEAN dan China telah mencapai kemajuan dalam rundingan berkenaan di bawah kepengerusian Filipina.

Bagaimanapun, katanya, perunding memerlukan lebih banyak masa untuk memuktamadkan draf COC itu.

Advertisement

“Kami telah menyelesaikan 80 peratus atau lebih daripada itu. Saya tidak fikir ini satu kegagalan. Saya berpendapat kami telah melakukan apa yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata perunding mungkin dapat memuktamadkan draf itu jika diberikan tambahan masa lima hingga enam bulan, namun rundingan berkenaan akan diteruskan di bawah Kepengerusian ASEAN oleh Singapura apabila negara itu mengambil alih jawatan pengerusi blok yang dianggotai 11 negara tersebut pada 2027. 

Advertisement

Lazaro berkata kenyataan Perdana Menteri China Li Qiang adalah selaras dengan kenyataan terdahulu dan mencerminkan komitmen berterusan ASEAN serta China untuk memuktamadkan COC Laut China Selatan.

“Kami semua komited untuk memuktamadkan COC yang substantif,” katanya.

Lazaro enggan memberikan garis masa baharu bagi memuktamadkan rundingan itu, namun yakin Singapura mampu menyelesaikannya apabila mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada 2027.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement