Skip to main content

Dunia

OIC dalam kedudukan baik tangani isu kritikal - Setiausaha Agung

Shehbaz berkata Pakistan bersedia menyokong usaha OIC dalam mendepani cabaran bersama itu. - Foto X/Govt of Pakistan
Shehbaz berkata Pakistan bersedia menyokong usaha OIC dalam mendepani cabaran bersama itu. - Foto X/Govt of Pakistan

Ringkasan AI

  • Setiausaha Agung OIC, Ismail Ould Sheikh Ahmad, menyatakan OIC berada pada kedudukan baik untuk menangani cabaran umat Islam.
  • Pakistan menyatakan kesediaan menyokong usaha OIC dalam menghadapi isu kritikal ummah semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
  • Ismail menyeru kerjasama OIC dan ECO dipertingkatkan dalam perdagangan, ekonomi, keterjaminan makanan dan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Advertisement

HYDERABAD: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai 57 negara berada pada kedudukan baik untuk menangani cabaran yang dihadapi umat Islam, kata Setiausaha Agungnya Ismail Ould Sheikh Ahmad ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif di Islamabad pada Isnin.

"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sebagai badan yang mewakili umat Islam, OIC mempunyai kedudukan unik untuk menerajui usaha kolektif dalam menangani isu kritikal yang dihadapi ummah," menurut Pejabat Perdana Menteri Pakistan dalam satu kenyataan.

Shehbaz berkata Pakistan bersedia menyokong usaha OIC dalam mendepani cabaran bersama itu.

Advertisement

Ismail, yang dalam rangka lawatan pertamanya ke Islamabad selaku setiausaha agung, pada Ahad menyertai sesi pembukaan Mesyuarat ke-30 Majlis Menteri-Menteri Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar.

Dalam ucapannya, Ketua OIC itu memuji usaha diplomatik berterusan Pakistan dalam mempromosikan keamanan di Asia Barat serta meredakan ketegangan, menurut kenyataan OIC.

Advertisement

Beliau turut menyeru agar usaha bersama antara OIC dan ECO digerakkan bagi meningkatkan perdagangan intra-OIC, mempelbagaikan ekonomi, keterjaminan makanan serta peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Ismail juga melawat ibu pejabat Jawatankuasa Tetap Kerjasama Saintifik dan Teknologi OIC (COMSTECH) di Islamabad serta meninjau peranannya dalam membantu ahli sains, penyelidik dan institusi akademik di negara anggota.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement