awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enggan berpisah dengan beg tangan, wanita sanggup masuk mesin X-ray

Agensi
Agensi
14/02/2018
04:49 MYT
Enggan berpisah dengan beg tangan, wanita sanggup masuk mesin X-ray
Imej pada skrin menunjukkan seorang wanita yang masih memakai kasut tumit tinggi dalam keadaan berlutut di trek pengimbas barang. -Foto metro.co.uk
SEORANG wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api kerana bimbang beg tangannya dicuri.
Insiden pelik itu berlaku pada Ahad lalu di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China.
Wanita itu pada mulanya dilihat meletakkan beg pakaian melalui pengimbas X-ray sebelum berjalan ke pos pemeriksaan keselamatan sambil memegang beg tangannya.
Namun pegawai keselamatan memberitahu bahawa beg kecil itu juga perlu diperiksa dan wanita itu kemudian bertindak di luar jangkaan.
Pegawai keselamatan bertugas memantau skrin pengimbas X-ray berkenaan terkejut apabila melihat imej seorang wanita yang masih memakai kasut tumit tinggi dalam keadaan berlutut.
Menurut laporan metro.co.uk, pegawai keselamatan tidak menyatakan kandungan di dalam beg tangan wanita berkenaan dan percaya ia mungkin sejumlah wang yang diberi sebagai hadiah sempena Tahan Baharu Cina.
Wanita itu kemudian memeriksa beg tangannya dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan.
Topic Berkaitan
#API
#China
#Cina
#kereta
#keselamatan
#wanita
#x-ray
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan