awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enjin terbakar, 300 penumpang Korean Air di lapangan terbang Tokyo diarah keluar

AFP
AFP
27/05/2016
07:19 MYT
Enjin terbakar, 300 penumpang Korean Air di lapangan terbang Tokyo diarah keluar
Asap telah kelihatan keluar dari pesawat tersebut semasa ia bersedia untuk berlepas. - Foto AP
Lebih 300 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam sebuah pesawat Korean Air jenis Boeing 777 di lapangan terbang Haneda, Tokyo diarahkan keluar selepas salah satu enjinnya mengalami kebakaran.
Rakaman televisyen dari lapangan tersebut menunjukkan pesawat berkenaan yang sepatutnya terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Korea Selatan, dikelilingi trak bomba.
Kesemua gelongsor kecemasan pesawat tersebut telah dibuka.
“Enjin nombor satu pesawat itu (Boeing 777) telah terbakar.
“Pesawat yang sepatutnya menuju ke Lapangan Terbang Gimpo dari Haneda itu mempunyai 302 penumpang dan 17 krew. Api itu berjaya dipadamkan,” kata seorang jurucakap Korean Air kepada AFP.
AFP turut dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan Jepun dan pihak lapangan terbang bahawa asap telah kelihatan keluar dari pesawat tersebut semasa ia bersedia untuk berlepas.
Sementara itu, laporan NHK dan Jiji Press mengatakan, tiada penumpang atau anak kapal yang tercedera dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Air Boeing 777
#dipindahkan
#pesawat Korea
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan