ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, yang menjalani kuarantin sejak Sabtu selepas dijangkiti COVID-19, dilaporkan telah bebas daripada jangkitan virus itu.

Memetik laporan media antarabangsa, ujian saringan yang dijalankan oleh Erdogan sejak dua hari lalu menunjukkan keputusan negatif.

Menurut doktornya, Dr Serkan Topaloglu, Erdorgan dijangka kembali bekerja dalam masa terdekat.

Sementara itu, TYT World melaporkan Erdogan, 67, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan beliau dan isteri, Emine Erdogan.

Terdahulu, Erdogan dan Emine disahkan positif COVID-19 varian Omicron.

Pasangan itu dilaporkan mengalami simptom ringan.