Erdogan, Presiden UAE bincang hubungan dua hala, isu serantau

Presiden Erdogan (kiri) berhubung melalui panggilan telefon dengan Presiden Sheikh Mohamed yang membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan global. - Gambar fail Reuters
ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin berhubung melalui panggilan telefon dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, yang membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan global, menurut Direktorat Komunikasi.
Menurut Anadolu Ajansi, Erdogan memberitahu Sheikh Mohamed bahawa Turkiye menyokong keutuhan wilayah, perpaduan dan solidariti Yaman serta Somalia, dan bersedia menyumbang kepada usaha memastikan keamanan dan kestabilan.
Beliau menambah bahawa Turkiye sedang berusaha menamatkan tragedi kemanusiaan di Gaza, sambil menegaskan langkah perlu diambil secepat mungkin bagi memudahkan pembinaan semula wilayah itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


