ROM: Suhu mencecah hampir paras tertinggi sepanjang masa di Itali dan Sepanyol pada Ahad, dengan suhu yang lebih tinggi diramalkan dalam beberapa hari akan datang, lapor Xinhua.
Gelombang haba terbaharu itu yang ketiga melanda Eropah pada musim panas ini.
Suhu melebihi 48 darjah Celsius direkodkan di pulau Sardinia, di wilayah Apulia di selatan Itali dan di La Palma, Sepanyol, pada Ahad.
Rekod suhu sepanjang masa di Eropah ialah 48.8 darjah Celsius pada 2021 di Sicily.
Seorang pegawai dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) berkata suhu tinggi di seluruh Eropah itu boleh mencecah atau melepasi paras itu pada bila-bila masa dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Di Itali, 16 bandar termasuk Rom dan Florence berada dalam amaran merah yang bermakna suhu pada bahagian paling panas hari itu boleh mengancam kesihatan walaupun individu muda dan sihat jika mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Laman cuaca Il Meteo menyebut bahawa suhu melampau sepanjang masa ini boleh berlarutan sehingga sekurang-kurangnya Khamis dan cuaca panas akan mula berkurangan disebabkan hujan.
Suhu di Rom dijangka mencecah 43 darjah Celsius pada Isnin dan Selasa, rekod untuk ibu negara Itali itu.
Di Sepanyol, suhu bertambah buruk akibat kebakaran hutan yang menyebabkan 4,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di La Palma di Kepulauan Canary.
Awal minggu ini, ESA berkata suhu boleh mencecah rekod kebangsaan di seluruh Eropah dalam beberapa hari akan datang, termasuk di Itali, Sepanyol, Greece, Perancis, Jerman, Portugal dan Poland.
Selain kesan perubahan iklim, suhu yang lebih tinggi itu didorong oleh arus cuaca Afrika yang bergerak ke utara merentasi Laut Mediterranean, faktor setempat seperti kebakaran hutan di Sepanyol dan peristiwa global seperti fenomena cuaca El Nino di Lautan Pasifik.
Corak cuaca panas di Mediterranean menghalang sistem cuaca yang lebih sejuk daripada bergerak ke kawasan itu, kata Mattia Gussoni dari Il Meteo dalam temu bual televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Kanak-kanak bermain air bagi menyejukkan badan di air pancut awam di Milan, Itali, 15 Julai 2023. (Foto AP)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Gelombang haba: Kebakaran hutan landa Eropah Selatan
Kebakaran hutan yang marak telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mencederakan empat yang lain di Itali.
Meta tangguh pelancaran perisian kecerdasan buatan di Eropah
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.
Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.
Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat
Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global.
92 juta kanak-kanak di Eropah, Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba - UNICEF
Negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.
Lebih ramai pekerja di Eropah diberhentikan ekoran unjuran ekonomi lemah
Trend pengurangan tenaga kerja yang semakin meningkat sejak awal tahun ini memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 140,000 individu.
Kebimbangan privasi data, Google tangguh pelancaran bot sembang Bard di EU
Syarikat itu didakwa tidak memberikan maklumat yang mencukupi tentang cara alat AI akan melindungi privasi orang Eropah.