awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ethiopia catat wabak Marburg, langkah tindak balas diaktifkan - Africa CDC

Bernama
Bernama
16/11/2025
08:28 MYT
Ethiopia catat wabak Marburg, langkah tindak balas diaktifkan - Africa CDC
Africa CDC berkata pihaknya mengambil maklum pengesahan yang dibuat Kementerian Kesihatan Ethiopia dan Institut Kesihatan Awam Ethiopia (EPHI). - Reuters
ETHIOPIA mengesahkan berlakunya wabak virus Marburg (MVD) di Jinka, di wilayah selatan negara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) pada Sabtu.
Africa CDC berkata pihaknya mengambil maklum pengesahan yang dibuat Kementerian Kesihatan Ethiopia dan Institut Kesihatan Awam Ethiopia (EPHI).
"Setakat 14 Nov, MVD telah disahkan oleh Makmal Rujukan Kebangsaan.
"Siasatan epidemiologi dan analisis makmal sedang dijalankan dan strain virus yang dikesan menunjukkan persamaan dengan strain yang pernah dikenal pasti di Afrika Timur," katanya.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan, EPHI dan pihak berkuasa kesihatan wilayah telah mengaktifkan langkah tindak balas termasuk mempertingkatkan pemantauan, menjalankan siasatan lapangan, mengukuhkan pencegahan dan kawalan jangkitan serta meningkatkan libat urus masyarakat.
"Africa CDC memuji tindakan pantas dan komunikasi telus mereka, yang memungkinkan pengesahan awal dan usaha mengekang penularan," menurut kenyataan itu.
Africa CDC berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan kerajaan Ethiopia dan rakan antarabangsa bagi memastikan tindak balas yang cepat, bersepadu dan berkesan.
Susulan wabak terbaharu ini, Africa CDC dan Kementerian Kesihatan Ethiopia akan mengintegrasikan usaha tindak balas virus Marburg menerusi kesiapsiagaan dan pemantauan mpox untuk mengoptimumkan sumber, mempercepat pengesanan awal dan mengurangkan risiko penularan serantau.
Di rantau Afrika, wabak dan kes sporadik sebelum ini pernah dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Ghana, Kenya, Equatorial Guinea, Rwanda, Afrika Selatan, Tanzania dan Uganda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#virus Marburg
#ethiopia
#wabak virus
#Africa CDC
#kesihatan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan