Skip to main content

Malaysia

Kemandirian Majlis Media Malaysia sebagai kompas utama kebebasan media

Sumber: MAJLIS MEDIA MALAYSIA
Ini merupakan satu perjuangan jangka panjang. Keazaman politik amat diperlukan, ujar Wathshlah.

KUALA LUMPUR: Sifat mandiri Majlis Media Malaysia (MMM) harus kekal untuk menentukan sejauh mana prinsip Kebebasan Media di negara ini dijalankan.

Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wathshlah Naidu berharap tiada campur tangan mana-mana pihak dalam operasi kawal selia MMM supaya dengan berjalan dengan berkesan.

Advertisement

“Ini merupakan satu perjuangan jangka panjang. Keazaman politik amat diperlukan,” katanya ketika menjadi panel dalam segmen Agenda AWANI bertajuk “Indeks Turun Naik, Kebebasan Media Kembali Dipersoal” yang disiarkan semalam.

Wathshlah turut berpendapat, peranan ahli MMM amat kritikal dalam melaksanakan kawalan kendiri, bagi memastikan ia tidak bersifat terlalu bebas tanpa batas atau cenderung memihak kepada pemerintah.

“Kekuatan MMM ini adalah di tangan ahli-ahli dia. Ada pihak mendakwa terlalu banyak kawalan dari pihak kerajaan namun ada pihak menyoal mengapa tiada kawalan?

“Kita mahu ia berada di tengah-tengah, iaitu melalui kawalan kendiri yang memerlukan penglibatan para ahli MMM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Allianz Centre for Governance (ACFG), Prof Adjung Zaharom Nain berpendapat, setiap kementerian harus didedahkan peranan MMM dengan jelas agar ia dapat berfungsi dengan baik.

Zaharom mengambil contoh Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus melatih jabatan di bawah kelolaannya untuk koordinasi bersama MMM. 

Jelasnya, seaindainya wujud laporan polis melibatkan isu media, laporan tersebut seharusnya disalurkan kepada MMM.

“Kementerian-kementerian yang berkaitan (hal ehwal media) harus dididik tentang badan baru ini dan kepentingannya,” kata Zaharom.

Untuk rekod, MMM secara rasmi mula beroperasi selepas pelantikan ahli lembaga pada November 2025, iaitu selepas ia diluluskan sebagai badan berkanun dalam Parlimen.

Topic Berkaitan

Must Watch Video