EU kekalkan opsyen sekatan Israel selagi tiada perubahan di Gaza

Kallas berkata gencatan senjata telah mengubah konteks semasa. - Gambar/ Reuters
BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas pada Isnin mengesahkan bahawa blok itu masih mengekalkan kemungkinan untuk mengenakan sekatan terhadap pendudukan Israel, sebagai usaha memastikan pematuhan terhadap gencatan senjata sepenuhnya di Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ringkasan AI
- Ketua Dasar Luar EU Kaja Kallas mengesahkan blok itu masih mempertimbangkan kemungkinan mengenakan sekatan terhadap Israel bagi memastikan pematuhan penuh terhadap gencatan senjata di Gaza, sambil menegaskan situasi semasa masih rapuh.
- EU menjangkakan Israel membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza dan kemasukan wartawan, serta telah mengaktifkan semula misi pemantauan di lintasan Rafah, namun pelaksanaannya ditangguhkan sementara menunggu pembukaan semula laluan tersebut.
- Sebagai penderma antarabangsa terbesar kepada rakyat Palestin, EU kini menilai peranan lebih besar yang boleh dimainkan di Gaza selepas perang berakhir, termasuk dalam aspek bantuan dan pemantauan kemanusiaan.
"Buat masa ini, kami tidak menggugurkannya daripada pertimbangan, tetapi juga belum bergerak ke arah pelaksanaannya kerana situasi masih sangat rapuh," katanya.
Kallas turut menyatakan bahawa EU menjangkakan Israel mengambil beberapa langkah penting, termasuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza serta membenarkan kemasukan wartawan ke wilayah itu.
Sebagai penderma antarabangsa terbesar kepada rakyat Palestin, EU kini menilai peranan lebih besar yang boleh dimainkan di Gaza selepas perang berakhir.
EU juga telah mengaktifkan semula misi awamnya bagi memantau lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir sebagai sokongan kepada perjanjian gencatan senjata, namun pelaksanaannya masih digantung sementara menunggu pembukaan semula lintasan itu.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami